Site icon TUHAU BAMBANGAN

Facebook kini tukar nama kepada Meta

Platform sosial media terbesar di dunia kini dijenamakan semula kepada nama baru, iaitu Meta.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg semalam mengumumkan bahawa syarikatnya kini sudah memiliki nama baharu, Meta.

Semua aplikasi di bawah Meta, iaitu Facebook, Messenger, Instagram dan beberapa platform lain kekal beroperasi seperti biasa.

Penjenamaan semula itu memberi fokus kepada segmen dunia meta atau ‘Metaverse’ yang lebih besar.

 Zuckerberg menyatakan bahawa penjenaman itu perlu kerana organisasi berkenaan tidak hanya menjadi pengendali kepada Facebook saja sebaliknya banyak platform lain.

  Menerusi majlis Facebook Connect awal pagi tadi, Zuckerberg turut memperlihatkan dunia meta berkenaan akan mengubah cara pengguna berinteraksi antara satu sama lain.

  Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dunia meta itu akan menjadi evolusi baharu Internet.

Sumber: theverge

Exit mobile version