Site icon TUHAU BAMBANGAN

1,005 rakyat Sabah di Kuala Lumpur & Selangor terima bantuan

Sumber Gambar: UB

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor mendapat perhatian di mana hingga kini sebanyak 1,005 bantuan makanan telah disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Pertubuhan KInabalu Bersatu (PKB) Adzmi KK Juatan berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri atas keprihatinan untuk meluluskan sejumlah bantuan makanan kepada rakyat Sabah yang kehilangan sumber pekerjaan di sana.

Beliau turut berkata, kesemua bakul makanan itu sudah mula diedarka kepada para penerima sejak awal bulan September secara berperingkat.

“Kesemua penerima adalah ahli PKB yang dikenal pasti layak menerima bantuan makanan itu.

“Kesemua penerima adalah Ketua Isi Rumah (KIR) rakyat Sabah yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor termasuk Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dilaporkan bahawa terdapat penerima yang merupakan pekerja sambilan bagi menjana pendapatan untuk membayawa sewa rumah atau bilik.

Adzmi turut berkata, PKB akan memohon bantuan seumpamanya daripada kerajaan negeri bagi membantu rakyat Sabah di Semenanjung yang terjejas.

“Saya yakin permohonan ini akan diluluskan kerana ia khusus bagi meringankan beban rakyat Sabah di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sumber: UB

Exit mobile version