Site icon TUHAU BAMBANGAN

DSP Lajim Ukin Meninggal Dunia Akibat Covid-19

KOTA KINABALU – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi ini, Ahad.

Isteri arwah iaitu Datin Seri Normilah Siong telah pun mengesahkannya sebentar tadi.

“Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.

“Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort,” katanya.

Melalui halaman rasmi Facebook DSP Lajim Haji Lukin, turut memuat naik berita dimana beliau telah pun meninggal dunia.

Ciapan Facebook rasmi DSP Lajim Haji Ukin

Dimaklumkan bahawa jenazah akan disemadikan di kampung halaman beliau di Kampung Kabatu, Beaufort setelah proses KKM selesai.

Selasa lalu, beliau dilaporkan telah ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus Covid-19.

Keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan bantuan pernafasan sebelum ini.

Exit mobile version