Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kadar vaksinasi harian Covid-19 di Malaysia terus catat perkembangan baik

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi harian Covid-19 negara terus catat perkembangan yang memberangsangkan apabila merekodkan lebih 500,000 untuk tiga hari berturut-turut.

Pada Rabu lalu sahaja, pemberian suntikan harian sebanyak 552,701 dos yang kedua tertinggi pernah direkodkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada hujung Februari lalu.

Melihat kepada data Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), pemberian dos pertama mencatatkan rekod 353,771, manakala bagi dos kedua pula adalah sebanyak 198,930.

Negeri Sabah sendiri sudah merekodkan 31,991 pemberian vaksin bagi dos pertama. Manakala bagi dos kedua pula adalah sebanyak 1,815.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia menghampiri angka 19 juta, iaitu 18,946,048.

Sumber: JKJAVMY

Exit mobile version