Site icon TUHAU BAMBANGAN

Tentera udara Israel sedia lancar serangan balas terhadap Iran

ISRAEL: Tentera Udara Israel dilaporkan sudah bersedia dan mungkin akan melancarkan serangan balas terhadap Iran selepas Pangkalan Udara Navatim milik rejim Zionis itu diserang Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu lalu.

Agensi media Israel, KAN melaporkan bahawa Tel Aviv juga sedang merancang ‘tindak balas terhad’ bagi mengelakkan perang habis-habisan antara kedua-dua pihak.

Menurutnya lagi, Israel juga berusaha untuk mengekalkan Semenanjung Gaza sebagai medan perang utama dan tidak mahu menjadikan wilayah Palestin itu sebagai medan perang yang kedua dengan mengalihkan tumpuan ke Iran.

Tindak balas Israel mencetuskan peperangan di Iran atau berlakunya serangan siber berskala besar.

Israel juga dilaporkan sudah berjanji untuk memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) sebelum melancarkan sebarang serangan terhadap Iran.

Semalam, Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi dilaporkan berkata, Israel akan bertindak balas terhadap serangan Iran pada hujung minggu ini.

Sabtu lalu, Iran melancarkan ratusan peluru berpandu dan dron ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Israel pada 1 April lalu ke atas Konsulat Iran di Damsyik, Syria, di mana sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh penasihat tentera.

Lebih 200 dron dan peluru berpandu dilancarkan di wilayah Israel dan beberapa misil turut berjaya merosakkan aset tentera Israel.

Exit mobile version