Site icon TUHAU BAMBANGAN

Saringan Kontak Rapat penyumbang utama kes Covid-19 meningkat di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah (JPBCNS) hari ini melaporkan bahawa penyumbang utama kes pada hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat, dengan 364 kes (44.50%) daripada kumulatif kes harian Negeri Sabah.

Kemudian diikuti oleh Saringan Kluster Sedia Ada dengan 148 kes (18%) dan Saringan Bersasar sebanyak 104 kes (12.71%), dimana 232 kes dari jumlah itu direkodkan sebagai yang tertinggi di daerah Kunak. Manakala Saringan Bergejala menyumbang kepada 103 kes (12.59%).

Berdasarkan laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 818 kes yang mana menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 79,470 kes. Dua kes kematian turut dilaporkan hari ini, iaitu masing-masing satu di daerah Tawau dan di daerah Papar.

Peningkatan kes hari ini berlaku sebanyak 106 berbanding 712 kes yang dicatatkan semalam.

Enam kluster baharu turut dilaporkan hari ini dan antaranya adalah;

Daerah Telupid kini berubah dari zon kuning ke zon jingga, manakala daerah Tongod dan daerah Kunak berubah dari zon jingga ke zon merah.

Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 364 kes dari Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan bahawa masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.

Sumber: JPBCNS

Exit mobile version