Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pengerusi Tetap Warisan, Karim Bujang sertai Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU: Pengerusi Tetap Parti Warisan, Datuk Karim Bujang mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Karim menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat dalam Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Masidi Manjun; Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Datuk Masiung Banah; Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi.

Sementara itu ketua-ketua sayap yang turut hadir juga ialah, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan; Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda; Ketua Beliawanis Negeri, Emmie M. Idang.

Selain itu, hadir juga Ketua Penerangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Bendahari Negeri, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat Kinabalu, SICC pada Ahad.

Exit mobile version