Site icon TUHAU BAMBANGAN

Ibu 5 anak maut, terjatuh dari tingkat 21

KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang mempunyai lima orang anak dilaporkam maut selepas terjatuh dari tingkat 21 di salah sebuah konominium di Cheras, semalam.

Dikatakan, perselisihan faham antara keluarga dipercayai menjadi punca mangsa berusia 40 tahun yang juga ibu tunggal itu jatuh.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai perselisihan faham keluarga dan setakat ini tiada unsur four play (jenayah),” katanya di sini, hari ini.

Laporan turut menyatakan bahawa mangsa merupakan penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota (anggota penguat kuasa) dan pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.

Semalam, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, mayat wanita itu ditemui oleh pengawal keselamatan di kaki lima bangunan berkenaan dalam keadaan terbaring.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.

Exit mobile version