Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pelajar IPT menyetubuhi adik kandung berusia 12 tahun didakwa di mahkamah

Tertuduh diiring polis ketika hadir ke mahkamah

SEREMBAN: Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) didakwa di Mahkmah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya pada tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan adik kandung perempuannya berusia 12 tahun lapan bulan ketika kejadian yang mana perhubungan yang dilakukan adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang.

Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari dan Mac 2021 di sebuah rumah di Sikamat, Seremban.

Maka itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan bersama Seskyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Jika disabit bersalah di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebat.

Manakala, bagi kesalahan di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan sebat tidak kurang daripada dua sebatan.

Kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendkawa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh tidak menawarkan jaminan memandangkan hubungan mangsa dan tertuduh merupakan adik-beradik selain mereka tinggal di alamat sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris memohon jaminan minimum atas alasan tertuduh sedang mengikuti pengajian Diploma di sebuah IPT dan akan menjalani latihan industri.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.

Tertuduh juga perlu tinggal di rumah berasingan dengan mangsa dan sebutan semula kes adalah pada 18 Mac ini.

Exit mobile version