Site icon TUHAU BAMBANGAN

Bomba selamatkan lelaki merajuk duduk atas bumbung lebih dua hari

SANDAKAN: Seorang lelaki kurang siuman akhirnya dibawa turun secara paksa dari bumbung Flat Sejati Apartment, hari ini, setelah empat hari merajuk.

Tidak ‘makan pujuk’, mangsa yang dikenali sebagai Jinjing, 39 tahun dan berbangsa Bajau itu dikatakan ditangkap oleh pasukan Bomba dan Polis dalam kejadian kira-kira 2 petang tadi hari ini.

Mengikut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap.

Sejak Isnin, lelaki itu memanjat ke atas bumbung pangsapuri empat tingkat itu melalui dapur rumahnya dan mengugut untuk terjun sekiranya penyelamatan cuba dibuat.

Oleh itu, pihak Polis telah mengarahkan untuk menangguhkan usaha penyelamatan demi keselamatan lelaki itu sendiri.

Exit mobile version