Site icon TUHAU BAMBANGAN

KePKAS pertimbang cadangan masukkan Festival Tarian Naga dalam Kalendar Pelancongan

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan mempertimbangkan cadangan memasukkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa ke dalam kalendar pelancongan Sabah bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama pasukannya dalam kementerian untuk membincangkan perkara tersebut.

“Kita akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat bersama Pembantu Menteri, Setiausaha dan kita akan perhatikan ini hingga mendapat keputusan kemudian kita usulkan kepada kerajaan negeri. 

“Cadangan ini sangat baik, tetapi banyak prosedur dan mesti berhati-hati. Sebab setiap tahun kita akan bergembira dengan festival ini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Makan Tengah Hari KePKAS bersama Media di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden Persatuan Komuniti Cina Bersatu Sabah, Kota Kinabalu, Datuk Susan Wong Siew Guen mencadangkan perkara itu kerana festival tahunan tersebut sudah dianjurkan sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Katanya, acara kebudayaan itu telah menjadi popular di kalangan penduduk bandar dan berjaya menarik pelancong dengan catatan penyertaan yang memecahkan rekod sehingga 155 penyertaan berbanding tahun lalu hanya 140.

Exit mobile version