Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki selamatkan 7 beranak sebelum maut dalam kebakaran di Labuan

LABUAN: Seorang lelaki sempat menyelamatkan keluarga jirannya termasuk kanak-kanak 4 tahun dan warga emas 67 tahun sebelum rebah meninggal dunia dalam kebakaran di Merinding Garden pada awal pagi Rabu.

Wira tragis, Gillian Donald, 41, dikatakan menyelamatkan tujuh anak beranak terbabit menggunakan tangga dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu.

Ketua Polis Labuan Mohd Hamizi Halim berkata, Gillian dipercayai maut akibat terhidu asap berlebihan semasa sibuk menyelamatkan mangsa.

Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Nukleus Labuan pada jam 6.10 pagi selepas pasukan Ambulans memberikan bantuan pernafasan CPR di lokasi.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sebuah kereta yang diletakkan di garaj rumah itu.

“Api merebak dengan cepat sehingga menyambar kediaman di mana keluarga itu masih sedang tidur,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat bertindak segera kepada panggilan kecemasan yang diterima pada jam 4.06 pagi.

Dalam pada itu, siasatan mendapati punca kebakaran adalah disebabkan kebakaran kereta milik mangsa yang seterusnya merebak ke dalam rumah.

Exit mobile version