Site icon TUHAU BAMBANGAN

Lelaki tumbuk, pukul bekas isteri guna vakum ditahan

Gambar Hiasan

TAWAU: Seorang wanita didakwa mengalami lebam di bahagian dagunya akibat ditumbuk dan dipukul bekas suami menggunakan besi vakum dalam kejadian di Kampung Sungai Imam pada Selasa lalu (16 Jan).

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 37 tahun itu berjaya ditahan jam 10.27 malam selepas menerima laporan pada jam 5.59 petang hari yang sama.

Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai melakukan serbuan susulan ke atas sebuah rumah di kampung tersebut.

“Lelaki tersebut mengaku terlibat dalam kes tersebut dan tangkapan terus dilakukan.

“Polis turut merampas sebatang besi mesin vakum yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Suspek dan barang kes yang diserahkan sendiri oleh suspek dibawa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324/326 A Kanun Keseksaan.

Exit mobile version