Site icon TUHAU BAMBANGAN

Masa depan SESB lebih cerah selepas dikembalikan kepada Sabah – David

KOTA KINABALU: Presiden Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan yakin langkah kerajaan Persekutuan mengembalikan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri Sabah menjelang tahun 2030 merupakan tindakan terbaik demi kebaikan rakyat dan negeri Sabah.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menangani pelbagai isu yang membelenggu SESB termasuk bagaimana syarikat itu berfungsi serta ketidak seimbangan kos-kos cukai kuasa.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan yang diberikan semalam oleh Pengerusi SESB, Datuk Madius Tangau dan Pengarah Operasi Industri Energy Commission of Sabah (ECoS), Jefery Nuri serta Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Haji Yakoob mengenai hala tuju syarikat berkenaan.

“Ia adalah adil kerana dalam banyak bahagian syarikat utiliti dunia menggunakan perkara yang sama demi kebaikan kepada pengguna dan juga sektor perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

David berkata, Persatuan Pengguna faham bahawa harga komoditi tertentu bergantung kepada permintaan pasaran iaitu jika musim perayaan harga akan meningkat berikutan kesan bekalan dan permintaan.

“Begitu juga dengan SESB kerana tiada perniagaan boleh bertahan tanpa sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan termasuk subsidi untuk mengekalkan operasi dalam keadaan kos semakin meningkat sedangkan tarifnya masih rendah agar tidak membebankan rakyat.  

“Pada masa yang sama kita juga amat menghargai kakitangan SESB yang komited dan sentiasa berusaha mengurangkan gangguan bekalan elektrik,” ujar beliau.

Tambah David, rakyat harus berterima kasih atas usaha SESB kerana tanpa tanpa syarikat berkenaan rakyat terpaksa bergantung kepada lampu lilin pada waktu malam.

Katanya, SESB pada masa kini telah membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melaksanakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan Battery Energy Storage System (BESS) ke untuk menambah kekurangan kuasa pada masa akan datang dan pengguna akan menikmati kuasa yang stabil.

Exit mobile version