Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kerajaan bersetuju peruntuk RM300,000 kepada setiap ahli parlimen untuk laksana Bantuan Bakul Makanan

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Perdana Menteri kini mengambil keputusan untuk mengetepikan perbezaan politik demi membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan.

Beliau berkata, “Kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan. Maka, sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak 300 ribu ringgit kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.

“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik. Baik Ahli Parlimen Kerajaan atau Pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan. Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing.” tambahnya.

Exit mobile version