Site icon TUHAU BAMBANGAN

Sarawak bayar lebih RM90 juta kepada PTPTN, bantu selesai hutang pelajar

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima bayaran berjumlah RM90.42 juta daripada kerajaan Sarawak setakat ini, untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang peminjam PTPTN dalam kalangan anak negeri itu.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, jumlah itu diperoleh sejak PTPTN dan Yayasan Sarawak memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak pada 5 Mac 2021.

Melalui kerjasama ini, Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar sebanyak 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN terkini bagi peminjam yang menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang pinjaman mereka.

“Hari ini, Yayasan Sarawak sekali lagi mengeluarkan peruntukan insentif pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada pelajar Sarawak berjumlah RM12.43 juta dan dianggarkan 3,000 peminjam yang layak akan menerima insentif ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sarawak kepada RM90.42 juta, memanfaatkan lebih 25,000 peminjam PTPTN dalam kalangan pelajar Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (27 Dis).

Exit mobile version