Site icon TUHAU BAMBANGAN

BPR tambahan 500 ringgit dibayar secara berperingkat mulai esok

PUTRAJAYA: Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada hari ini (28 Jun), Yang Amat Berhormat tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Perdana Menteri, mengumumkan fokus pertama kerajaan, iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat.

“Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita saya mengumumkan bahawa sehingga hujung tahun ini, Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit,” ujar beliau.

Beliau berkata, bantuan tunai yang pertama ini merangkumi Bantuan prihatin Rakyat atau BPR. Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga 500 ringgit pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

“Manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara 100 hingga 1,400 ringgit akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR.

“Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah 4.9 bilion ringgit.” jelasnya.

Exit mobile version