Site icon TUHAU BAMBANGAN

Tidak sengaja tanam mangga termahal di dunia, petani ini kini perlu sewa pengawal keselamatan

NEW DELHI: Seorang petani di India kini perlu menyewa pasukan keselamatan untuk melindungi hasil tanaman pokok mangga termahal di dunia yang tidak sengaja ditanamnya.

Sankalp Singh Parihar mengaku bahawa awalnya dia tidak tahu keistimewaan dari tanaman yang dibelinya dari seorang lelaki ketika dalam perjalanan menggunakan kereta pada empat tahun lalu.

Parihar bersama rakannya menanam jenis mangga termahal di dunia yang dikenali sebagai mangga Miyazaki.

Newsweek pada Rabu lalu (23 Jun) melaporkan, Parihar sebenarnya sedang mencari benih kelapa hibrida ketika itu.

Tapi ketika dalam perjalanan, dia kemudiannya membeli pokok mangga dari rakan seperjalanannya dengan harga 33 dollar AS (RM 137.28).

“Saya tidak tahu jenis mangga itu apa, tapi saya menamakannya Damini, sesuai dengan nama ibu saya dan menanamnya.

“Saya menanamnya seperti tanam anak pokok mangga biasa, tetapi beberapa bulan kemudian, saya melihat bahawa pokok mangga ini mengeluarkan buah yang berwarna merah.” terangnya.

Berita tentang Parihar yang menanam mangga merah unik telah tersebar di banyak tempat dan menggemparkan golongan pengusaha India.

Parihar kemudian mengetahui yang dia tidak sedar bahawa dia sudah memiliki mangga Miyazaki.

Mangga ini ditanam di negara Jepun dan juga dikenali seabgai ‘telur matahari,’ Setiap buah mangga Miyazaki yang dilaporkan berharga lebih kurang 50 dollar AS (RM208.00), hingga menjadikannya bawang merah.

Semenjak itu, Parihar dilaporkan telah menerima tawaran setinggi 283 dollar AS (RM1,177.28) untuk satu buah mangga Miyazaki yang dia tanam.

Memetik dari Miyazaki Local Products & Trade Promotion Center, setiap buah hendaklah memiliki berat minimum 350 gram dan mengandungi kadar gula minimum 15% untuk sampai ke tangan pengguna.

Tidak seperti buah mangga biasa, mangga ini hanya akan dituai jika ia sudah benar-benar masak.

Penuainannya pula menggunakan method ‘tuai bersih’ yang memungkinkan buah jatuh secara semula jadi dari pokok apabila sudah masak.

Petani di Jepun tidak akan membiarkan buah mangga ini jatuh terus ke tanah, buah yang sudah masak akan ditangkap menggunakan jaring.

Namun, di India, Parihar dilaporkan menanam mangga ini sama seperti spesis mangga yang lain.

The Time of India melaporkan bahawa Parihar telah menanam 150 pokok mangga Miyazaki di kebunnya dan baru 4 pokok yang ketika ini sudah menghasilkan buah.

Namun, kejayaan menanam mangga ini memiliki cabarannya tersendiri.

“Tahun lalu ada insiden kecurian dan kami memutuskan untuk meningkatkan keselamatan di sini.

“Kami memiliki seekor anjing pada tahun lalu dan sekarang kami sudah memiliki sembilan ekor. Kami turut mengupah tiga orang pengawal keselamatan,” terang Parihar.

Pada masa hadapan, Parihar berkata bahawa dia berharap tidak hanya memenuhkan kebunnya dengan mangga Miyazaki tetpai juga ingin berkongsi kekayaan dengan petani di seluruh India.

Sumber: kompas

Exit mobile version