Site icon TUHAU BAMBANGAN

KERAJAAN SABAH CADANG BANGUNKAN KAWASAN PERKAMPUNGAN ATAS AIR DI SEMBULAN

SEMBULAN: Kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan kawasan perkampungan atas air di Kampung Sembulan sekiranya dipersetujui oleh pemilik asal kawasan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembangunan itu mengambil kira keperluan dan kebajikan penduduk asal Kampung Sembulan dengan menyediakan tempat tinggal percuma kepada mereka.

“Kita akan bangunkan kawasan di belakang (Kampung Sembulan) itu dan kita akan beri keutamaan kepada penduduk-penduduk asal yang tidak mempunyai rumah sekarang ini, kita akan bagi rumah.

“Saya telah berbincang dengan Setiausaha Negeri, kita akan bagi unit-unit rumah seperti di sebelah GraceVill untuk penduduk asal Sembulan,” katanya.

Tambah Hajiji, beliau sudah pun menerima beberapa kerta kerja daripada pihak pemaju mengenai pembangunan kawasan perkampungan tersebut.

“Ianya sudah di peringkat akhir perbincangan dan InsyaAllah dalam masa terdekat kita akan pilih pemaju yang akan memajukan perumahan untuk mereka tinggal nanti,” jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya dipersetujui, pembangunan kawasan seluas kira-kira 30 ekar itu akan diberikan kepada pemaju yang sanggup membina terlebih dahulu rumah untuk penduduk yang akan dipindahkan.

Exit mobile version