Site icon TUHAU BAMBANGAN

LELAKI PATAH KAKI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN SAGA BERTEMBUNG HILUX

TENOM: Seorang lelaki mengalami kecederaan patah kaki selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan Toyota Hilux bertembung dengan kenderaan Proton Saga BLM di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan Cinta Mata Tenom pada Khamis lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, terdapat empat orang mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut termasuk seorang lelaki yang mengalami kecederaan patah kaki.

“Seorang mangsa lelaki yang berada di kenderaan Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala seorang mangsa lelaki di kenderaan Proton Saga BLM mengalami kepatahan di kaki.

“Dan dua orang mangsa lelaki di kenderaan sama mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Zainal berkata, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.50 malam.

Exit mobile version