Site icon TUHAU BAMBANGAN

BELANJAWAN2024: NIMP SASAR JUMLAH PELABURAN KESELURUHAN HINGGA RM95 BILION

KUALA LUMPUR: New Industrial Master Plan (NIMP) menyasarkan jumlah pelaburan keseluruhan sehingga RM95 bilion.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia turut melibatkan 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang tahun 2030.

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah pelaburan NIMP sebagai pemangkin untuk memacu misi NIMP dengan dana permulaan 2024 sebanyak RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Jelas beliau, kerangka Ekonomi MADANI adalah untuk memeta nama Malaysia sebagai jaguh ekonomi serantau.

“Bagi menggapai hasrat tersebut, struktur ekonomi perlu dirombak dan disusun semula supaya potensi yang ada dapat dikembangkan,” tegasnya.

Exit mobile version