Site icon TUHAU BAMBANGAN

BELANJAWAN2024: PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SABAH MENINGKAT KEPADA RM6.6 BILION

KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2024 menunjukkan peningkatan peruntukan pembangunan Sabah kepada RM6.6 bilion berbanding RM6.5 bilion sebelum ini.

Manakala, peruntukan pembangunan Sarawak pula meningkat kepada RM5.8 bilion berbanding RM5.6 bilion sebelum ini.

“Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan, Kerajaan Persekutuan juga telah menurunkan kuasa pelaksanaan projek pembangunan di bawah nilai RM50 juta kepada agensi teknikal Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, Kerajaan Perpaduan telah meningkatkan kadar Pemberian Khas interim untuk Sabah, Sarawak kepada RM300 juta ketimbang RM125.6 juta bagi Sabah dan RM16 juta bagi Sarawak sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Sabah telah mencapai kesepakatan berhubung penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik yang bakal berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.

“Walaupun kuasa kawal selia sudah diserahkan kepada Sabah, Kerajaan Persekutuan tetap akan terus membantu Sabah dalam mengukuhkan industri bekalan elektrik di negeri itu melalui pemberian subsidi kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sehinggalah Pelan Transformasi SESB berjaya dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun, iaitu 2023,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan kepada pelaksanaan penjanaan tenaga solar hibrid serta pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah bagi menjamin kestabilan dan mengurangkan gangguan bekalan elektrik di negeri itu khususnya di kawasan timur.

Exit mobile version