Site icon TUHAU BAMBANGAN

Jangan simpan telur di rak pada pintu peti sejuk, ini alasannya

Rak khas yang tersedia di pintu peti sejuk kelihatan seperti tempat penyimpanan yang sempurna untuk telur. Sedangkan realitinya adalah sebaliknya. Mengapa telur sebaiknya tidak disimpan di rak pada pintu peti sejuk?

Menurut pakar penyimpanan dari Space Station, Vlata Lake, tempat terburuk untuk menyimpan telur adalah di rak plastik yang ada pada pintu peti sejuk.

Ini kerana, menyimpan telur di pintu peti sejuk akan membuatkan telur alami beberapa perubahan suhu yang tiba-tiba ketika pintu dibuka dan ditutup.

Keadaan itu akan membuatkan telur lebih cepat busuk berbanding jika ianya disimpan pada tempat dengan suhu yang stabil.

“Kata sepakat umum adalah menyimpan telur di peti sejuk, tetapi jangan di rak telur yang biasa ditemukan pada pintu peti sejuk,” kata Vlatka lake, seperti yang dipetik The Sun.

“Rak telur terdedah terhadap perubahan suhu kerana peti sejuk yang kerap dibuka dan ditutup hingga menyebabkan telur lebih cepat busuk,” tambahnya.

Cara menyimpan telur dalam peti sejuk

Menyimpan telur dalam peti sejuk itu boleh, namun disarankan untuk tidak menyimpannya di rak telur pada pintu peti sejuk.

Menurut laman The Spruce, cara menyimpan telur yang baik adalah membiarkannya berada dalam bekas kadbod.

Bekas kadbod diciptakan untuk menjaga telur agar tetap segar. Letakkan bekas kadbod telur di bahagian utama peti sejuk, di mana suhunya paling sejuk.

Menurut The Food & Drug Administration (FDA) telur yang disimpan dengan cara ini akan bertahan selama tiga hingga lima minggu.

Namun, pastikan selalu melakukan pemeriksaan dengan ujian sederhana untuk memastikan telur masih segar.

Sekian perkongsian, semoga bermanfaat!

Sumber: kompas

Exit mobile version