Site icon TUHAU BAMBANGAN

KJ SETUJU HAPUS PENCEN AHLI PARLIMEN DAN PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan pakar ekonomi supaya membatalkan pencen Ahli Parlimen.

Khairy dalam podcast Keluar Sekejap bersama Tiber semalam turut mencadangkan untuk menghapuskan pencen Penjawat Awam bagi membantu mengimbangi fiskal negara.

“Ini kerana kerajaan mungkin menganggung hingga RM50 bilion untuk pencen Penjawat Awam dalam masa 10 tahun akan datang sekiranya tidak dimansuhkan,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy dalam kenyataannya menyebut agar pencen kakitangan awam baharu sahaja yang ditiadakan.

“Semua Penjawat Awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” jelasnya.

Tegasnya, pemansuhan itu harus dilakukan secepat mungkin selagi ia ditangguhkan, selagi itu ia memberi kesan kepada kewangan negara.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut dilaporkan bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen untuk semua menteri dan Ahli Parlimen serta dimasukkan ke skim caruman KWSP seperti rakyat biasa.

Exit mobile version