Site icon TUHAU BAMBANGAN

BELANJAWAN 2024: KEMENTERIAN KERJA RAYA HARAP PERUNTUKAN DAPAT DISALURKAN SEGERA

PUTATAN: Menjelang Pembentangan Belanajwan 2024 pada bulan depan, Kementerian Kerja Raya Sabah berharap agar segala peruntukan termasuk peruntukan pembangunan infrastruktur di negeri ini dapat disalurkan dengan lebih cepat.

Menterinya, Datuk Shahelemy Yahya berkata, menerusi belanjawan dari persekutuan itu, kementeriannya memberi fokus utama kepada pembinaan mahupun penyelanggaraan jalan raya serta mengatasi isu bekalan ait dan elektrik.

“Untuk bajet Persekutuan, pembinaan Pan Borneo Sabah, penyelanggaraan lebuh raya atau pun jalan-jalan persekutuan dan juga menaiktaraf jalan-jalan luar bandar yang ada.

“Selain itu, bekalan air turut menjadi fokus sama ada bekalan air luar bandar ataupun bekalan air di sekitar bandar dan juga tidak lupa adalah berkaitan dengan bekalan elektrik di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Putatan Tahun 2023 di Putatan pada Khamis.

Tambah Shahelmey, permohonan terhadap belanjawan itu telah pun dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah.

“Sudah dikemukakan melalui kita punya UPEN daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air, Jabatan Pembentungan, Jabatan Kereta Api Negeri Sabah.

Ini sudah dibawa kepada UPEN dan seterusnya akan dibawa kepada Kementerian Kewangan,” jelasnya.

Exit mobile version