Site icon TUHAU BAMBANGAN

Wanita didakwa bunuh kakak & tanam bawah jubin lantai rumah sewa, kini berdepan hukuman mati

DEPOK: Juwana tertuduh dalam pembunuhan kejam terhadap dua orang, kini terpaksa berdepan hukuman mati oleh pendakwa raya dalam perbicaraan di mahkamah daerah Depok pada Isnin lalu (21 Jun).

Pelaku membunuh kakaknya dan seorang lagi rakannya dalam masa dan lokasi yang berbeza.

Juwana membunuh kakaknya yang pernah tinggal bersamanya di sebuah rumah sewa di daerah Depok pada bulan November tahun lepas. Kemudian menguburkan mayat kakaknya di bawah jubin lantai rumah sewa mereka.

Pelaku turut membunuh seorang lagi rakannya, MS yang kemudian menanamkan mayat tersebut di belakang sebuah rumah kosong di daerah Bogor.

“Menuntut agar Panel hakim mahkamah daerah Depok yang memeriksa dan mengadili kes ini memutuskan untuk mengisytiharkan tertuduh, Juwana@Juwan bin Rustani bersalah, melakukan jenayah pembunuhan yang direncanakan sepertimana yang diatur dan merujuk pada Artikel 340 Kanun Jenayah,” kata Pendakwa Raya, Rozi Julianto membaca dakwaannya.

“Tertuduh, Juwana@Juwan bin Rustani dijatuhkan hukuman mati dengan perintah agar defendan tetap dalam tahanan,” tambah Rozi.

Pendakwa Raya menganggap bahawa tidak ada faktor pengurangan hukuman. Hukuman mati terhadap Juwana dijatuhkan atas beberapa sebab.

Salah satunya dianggap, boleh mengganggu keselamatan dan boleh mencetuskan rusuhan antara masyarakat, terutama keluarga mangsa dan keluarga tertuduh.

Sementara itu, rakan Juwana yang turut bersamanya melakukan pembunuhan ini, Haerudin dituntut menjalani hukuman penjara seumur hidup oleh pendakwa raya.

Kronologi

Kes ini terdedah hasil dari kecurigaan pemilik rumah sewa di Geng Koperal Daman, Jalan Raya Muchtar, Sawangan Baru, Depok. Tuan tanah curiga apabila melihat jubin lantai yang berjalur.

Sukiswo, 60 pemilik rumah sewa merupakan orang pertama yang menemui sesuatu yang dianggapnya sebagai tulang.

Awalnya, isteri Sukiswo memintanya untuk membaiki tandas di rumah sewa kerana tersumbat. Namun setelah melihat jubin lantai yang dengan warna yang berbeza, dia terus memeriksa dan mendapati terdapat lubang pada bawah jubin tersebut. Dia kemudian memutuskan untuk terus membongkarnya.

Hasil dari pemeriksaan dan pembongkaran jubin lantai tersebut, Sukiswo mendapati ada bau dan melihat seperti ada bentuk lutut.

Polis yang menerima laporan tersebut bergegas ke tempat kejadian. Penggalian diteruskan hingga mereka menemukan bahawa tulang-tulang yang ditemui itu sebenarnya adalah bahagian tubuh yang dikuburkan dalam keadaan duduk.

Hasil siasatan, polis kemudian menangkap Juwana. Pelaku melakukan pembunuhan terhadap kakaknya kerana kecewa berkaitan dengan rancangan perkahwinannya.

Diketahui lagi, Juwana tidak hanya membunuh kakaknya, tapi turut membunuh rakannya, MS yang mayatnya ditanam di belakang rumah kosong di daerah Bogor.

Sumber: kompas

Exit mobile version