Site icon TUHAU BAMBANGAN

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERSEPIT DI BAWAH MYVI

Gambar: Bomba

TENOM: Seorang lelaki, iaitu penunggang motosikal dilaporkan maut akibat tersepit di bawah kenderaan Perodua Myvi dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Kampung Naluyan, Tenom semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Motosikal Yamaha LC yang ditunggang oleh mangsa telah bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Myvi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 6.57 petang.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Exit mobile version