Site icon TUHAU BAMBANGAN

REMAJA PEREMPUAN 14 TAHUN LEMAS SEMASA MANDI SUNGAI DI KOTA BELUD

Sumber Gambar: Bomba Kota Belud

KOTA BELUD: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan lemas semasa melakukan aktiviti mandi sungai bersama keluarga di Daradaat View Kampung Ratau, Kota Belud kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Qiezlle Uyiko (mangsa) lemas di sungai dan di bawa arus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS999 pada jam 2.49 petang mengenai laporan mangsa lemas.

“Menurut saksi, mangsa dilaporkan lemas di bawah Jambatan Gantung Daradaat View semasa melakukan aktiviti mandi manda bersama keluarga pada jam 2.30 petang.

“Tindakan pasukan Bomba menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kepada dua bahagian, iaitu operasi SAR di sepanjang pinggir sungai sehingga 4 kilometer dan juga operasi SAR dengan radius 50 meter dari mangsa dilaporkan hilang.

“Bagaimanapun mangsa tidak ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 8 malam dan disambung pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Manakala, laporan operasi SAR hari kedua, iaitu hari ini dimulakan pada jam 8 pagi, menggunakan Bot dengan radius pencarian di 13 kilometer bersama agensi lain seperti, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO) Extrem Factor Race.

“Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Exit mobile version