Site icon TUHAU BAMBANGAN

REMAJA 17 TAHUN BUNUH DAN CAMPAK MAYAT RAKAN DALAM PARIT

Sumber Gambar: Ihsan PDRM

PERAK: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana disyaki membunuh rakannya kerana mangsa dikatakan mengganggu teman wanita suspek di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek ditahan dalam satu serbuan di kawasan Hutan Melintang pada Ahad (27 Ogos).

Katanya suspek dipercayai membunuh mangsa berusia 21 tahun pada 20 ogos lalu dan membuang mayat mangsa di sebuah parit dekat Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup di sini.

“Punca pembunuhan disebabkan suspek berasa cemburu kepada mangsa kerana mengganggu teman wanita suspek yang berusia 20 tahun.

“Suspek direman tujuh hari dari tarikh tangakapan sehingga 1 September depan bagi siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Pada Khamis lalu, satu mayat tanpa identiti ditemui orang awam pada jam 4.48 petang dalam keadaan tertiarap dan sudah mereput di parit berhampiran ladang kelapa sawit di Rungkup.

“Terdapat pelbagai kecederaan di tangan, kaki dan leher serta badannya reput; identiti tidak dapat dipastikan ketika itu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati mangsa meninggal dunia akibat tetakan di kepala dan leher,” katanya lagi.

Kes kini disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: The Star

Exit mobile version