Site icon TUHAU BAMBANGAN

LELAKI MAUT DISENGAT TEBUAN KETIKA BAIKI PENCAWANG KOMUNIKASI

KULIM, KEDAH: Seorang lelaki berusia 30 tahun maut selepas disengat tebuan ketika sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di pencawang Komunikasi FELDA Gunung Bongsu, Karangan semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika mangsa Mohamad Haffizudin Husim, sedang bertugas di kawasan pencawang itu pada ketinggian 30 meter.

Katanya, selepas kejadian mangsa kemudian di bawa ke Klinik Kesihatan Karangan untuk mendapatkan rawatan awal.

“Mangsa didapati mengalami keadaan kesihatan yang lemah dan dibawa ke Hospital Kulim menggunakan ambulans.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Redzuan, bedaj siasat yang dilakukan mendapati punca kematian mangsa disebabkan disengat tebuan.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayaj dan kes disiasat sebagai mati mengejut. Mayat kemudian diserahkan kepada waris dan akan dikebumikan di Alor Setar,” jelasnya.

Exit mobile version