Site icon TUHAU BAMBANGAN

VIDEO TULAR: ULAR SENDUK MENYUSUR MASUK KE BAWAH BADAN KANAK-KANAK

TULAR: Viral satu rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila seekor ular senduk menyusur di bawah badannya ketika dia berada di rumah pengasuhnya.

Dalam video yang berdurasi 19 saat itu, kelihatan ular senduk sudah pun menyusur masuk ke bawah badan kanak-kanak itu ketika dia sedang berbaring di lantai.

Dilaporkan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah menerima panggilan kes tersebut pada 11.28 pagi Isnin lalu (24 Julai).

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian (Taman Serai Perdana) berjaya menangkap ular senduk itu dengan menggunakan penyepit.

“Ular tersebut kemudian dibawa ke lokasi sesuai untuk dilepaskan dan operasi tama pada jam 11.47 pagi,” jelas kenyataan media oleh JBPM Perak.

Manakala, ibu kepada kanak-kanak itu mengesahkan bahawa anaknya berada dalam keadaan selamat setelah menerima bantuan dari pihak bomba.

Video yang dimuat naik dalam Platform Akaun TikTok milik @mummy_miazara mendapat tontonan sebanyak 4.3 juta, dikongsikan sebanyak 32,500 dan turut mendapat 6,340 komen dari netizen.

Melawat ruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan keadaan kanak-kanak itu supaya selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sumber: @mummy_miazara

Exit mobile version