Site icon TUHAU BAMBANGAN

POLIS TUARAN NASIHAT HENTIKAN SEMENTARA AKTIVITI REKREASI DI KAWASAN BERISIKO

TUARAN: Polis Tuaran menasihati orang ramai untuk menghentikan sementara waktu semua aktiviti rekreasi, dan perkelahan di kawasan-kawasan berisiko.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan (ASP) Noraidin Ag Maidin berkata dalam satu kenyataan media, antara kawasan berisiko membahayakan nyawa ialah, di tepi pantai dan kawasan-kawasan sungai.

Katanya, nasihat itu dikeluarkan berikutan musim tengkujuh dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Justeru, orang ramai khususnya ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan nasihat dan amaran daripada agensi keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad (23 Julai).

Tambah beliau, semua pengusaha pusat pelancongan di daerah Tuaran terutamanya yang melibatkan aktiviti sedemikian hendaklah memastikan aspek keselamatan diutamakan.

Exit mobile version