Site icon TUHAU BAMBANGAN

DUN SABAH: LIBATKAN USAHA KOMUNITI SETEMPAT BANTU SELESAI ISU AIR

KOTA KINABALU: Keperluan mencari cara lain untuk meringankan beban rakyat Sabah yang kini berhadapan dengan masalah infrastruktur termasuk air adalah sangat penting.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang berkata, penyelesaian isu ini tidak hanya datang daripada agensi kerajaan sahaja, tetapi juga daripada rakyat sendiri.

Justeru itu, katanya, penyelesaian dengan melibatkan komuniti setempat adalah penting seperti contoh membina air graviti dan menjaga kawasan tadahan air komuniti, boleh menjadi cara ampuh dan sepatutnya disokong oleh pihak kerajaan dengan menyediakan peruntukan.

“Selain itu, teknologi telaga tiub juga boleh menjadi penyelesaian berbentuk jangkamasa pendek. Setiap telaga ditempat sesuai mampu membekalkan air kepada 300 isi rumah.

“Anggaran kos sekitar RM200,000 hingga RM300,000 dan boleh siap dalam tempoh tiga hingga lima bulan termasuk kajian feasibiliti,” katanya dalam ucapan perbahasan dasar kerajaan 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Tambah Jannie, satu lagi model inisiatif diterajui komuniti dalam usaha menyelesaikan isu ini, iaitu menerusi sistem pengurusan tagal dan sungai.

“Dengan hanya dorongan dan beberapa peruntukan kepada komuniti, populasi ikan dan perlindungan sungai di lebih daripada 300 sungai telah dipulihkan,” jelasnya.

Exit mobile version