Site icon TUHAU BAMBANGAN

KDM U-turn sokong Hajiji pimpin Sabah

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus memimpin kerajaan negeri Sabah.

Presiden KDM, Datuk Peter Anthony berkata, keputusam menyokong Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, dilakukan demj kebaikan rakyat serta pembangunan negeri Sabah.

Jelas Peter yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Melalap berkata, keputusan kepimpinan parti yang menyokong Hajiji dan kerajaan negeri pada kali ini adalah tanpa sebarang syarat.

“Terpulang kepada keterbukaan beliau (Hajiji) sama ada mahu atau tidak menerima sokongan ini.

“Apa yang kita mahu adalah sama-sama membangunkan negeri ini dan membantu rakyat di kawasan masing-masing,” katanya dalam sidang media di parti itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Peter turut berkata bahawa permainan politik tanpa henti di negeri iji akan menyukarkan rakyat dan tidak akan dapat membantu memajukan Sabah, justeru parti itu hari ini terpanggil untuk menyokong Hajiji dalam usaha bersama-sama membangun negeri berkenaan.

“Kalau kita sering berpolitik, sampai bila-bila kita tidak akan dapat majukan Sabah. Oleh itu, kita perlu akur dengan keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mahukan kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan Sabah.

Pada 7 Januari lepas, Peter bersama dia lagi ADUN parti itu, Datuk Juil Nuatim (Limbahau), dan Datuk Wetrom Bahanda (Bandau) mendakwa Hajiji sudah tidak mempunyai sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri.

Exit mobile version