Site icon TUHAU BAMBANGAN

7 PPS baharu diaktifkan di Kota Marudu, jumlah mangsa banjir kekal 251

KOTA KINABALU: Setakat jam 1 petang, sebanyak 7 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kota Marudu kini telah diaktifkan.

Ini menjadikan keseluruhan jumlah PPS di Sabah meningkat kepada 14 PPS di 4 daerah, iaitu Paitan, Pitas, Kudat dan Kota Marudu.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan 7 PPS baharu di daerah itu sedang dalam proses pemindahan mangsa.

“7 PPS baharu itu adalah, Dewan Komuniti, Dewan S.K. Teritipan, Dewan Kampung Asin-Asin, SMK Bengkongan, S.K. Ranau, SMK Tandek dan Dewan St. Theresa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut catatan JPBN itu juga menunjukkan kesemua 7 PPS itu sedang dalam proses pemurnian data.

Dalam perkembangan sama, jumlah keseluruhan mangsa setakat 1 petang masih kekal kepada 251 orang daripada 52 keluarga.

“Paitan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 88 mangsa, diikuti dengan Kudat (84 mangsa) dan Pitas (79 mangsa).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 125 mangsa terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas, manakala 126 mangsa adalah kanak-kanak,” katanya.

Tiga PPS yang beroperasi di Pitas, iaitu Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu (18 mangsa), Surau Kg Sibuang (38 mangsa) dan Dewan Kg Kusilad (23 mangsa).

“Manakala, dua PPS di Paitan ialah Dewan Kg Kubambangan (38 mangsa) dan Dewan Kg Batangon Darat (50 mangsa),” katanya.

“Dan dua lagi PPS yang dibuka di Kudat ialah Dewan Terbuka Matunggong (27 mangsa) dan Dewan SK Sikuati (57 mangsa),” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu juga, trend semasa situasi banjir di Sabah kekal menunjukkan peningkatan.

Exit mobile version