Site icon TUHAU BAMBANGAN

“Yang berdosa saya, yang sedap itu juga saya – pelakon tetap solat Subuh lepas berzina

INDONESIA: Pelakon Indonesia, Nikita Mirzani tanpa segan silu mengakui bahawa dirinya bersama ‘boyfriend’ dikenali sebagai Antoio Dedola melakukan maksiat.

Menyedari dengan pengakuan yang dilakukannya akan mengundang kecaman netizen, namun Nikita tidak peduli dengan kritikan terhadapnya.

Sedar melakukan dosa, Nikita turut memberitahu, dirinya tidak pernah meninggalkan solat Subuh.“Pukul 5.30 pagi saya sudah bangun dan kemudian solat Subuh.

“Kalau lepas berzina, saya mandi junub dulu,” katanya.

Nikita mengakui hal tersebut secara terbuka kepada umum dalam satu rancangan bual bicara di Indonesia.

Jelas Nikita, dia yang melakukan dosa, maka dia sendiri yang akan bertanggungjawab untuk menanggung semua doa yang dilakukannya.

“Habis tu kenapa? Kan saya yang berzina, dosa itu saya yang tanggung.

“Yang berdosa saya, yang sedap itu juga saya,” ujarnya.

Sumber: mykmu

Exit mobile version