Site icon TUHAU BAMBANGAN

Yusof Yacob ganti Salleh sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad

KOTA KINABALU: Datuk Yusof Yacob menerima lantikan sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad yang baharu dengan menggantikan Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu menerima watikah perlantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Dalam majlis sama, Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan kepada ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon selaku Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB).

Pelantikan ketua parti DAP itu berkuat kuasa serta merta.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kedua-dua lantikan itu, Hajiji berharap agar mereka (Dr Yusof dan Poon) dapat melakukannya seakli gus menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan.

Exit mobile version