Site icon TUHAU BAMBANGAN

Jabatan Air Negeri Sabah buat operasi pemotongan bekalan air bermula 27 Februari

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan mengadakan operasi pemotongan bekalan air bermula pada 27 Februari sehingga 1 Disember 2023.

JANS dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya akan melaksanakan operasi pemotongan bersepadu bekalan air.

Jelasnya, ia termasuklah (BIL NOTIS, ANSURAN TERTUNGGAK dan PENYAMBUNGAN HARAM) bagi tahun 2023.

Oleh itu, pihak JANS menyeru semua pengguna yang mempunyai bil notis dan ansuran tertunggak untuk membuat pembayaran dengan kadar segera.

“Sehubungan dengan itu, pengguna yang mempunyai bil notis dan ansuran tertunggak diminta untuk datang membuat pembayaran dengan kadar segera.

“Pembayaran boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Air Daerah yang berdekatan bagi mengelakkan bekalan air di premis anda dipotong,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Butiran operasi pemotongan bersepadu bekalan iar adalah seperti dalam lampiran;

Sumber: JANS

Exit mobile version