Site icon TUHAU BAMBANGAN

KM bentang Bajet 2023 Sabah di DUN esok

KOTA KINABALU: Bajet 2023 negeri Sabah akan dibentangkan pada Jumaat (25 Nov), iaitu esok di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bajet itu akan dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi Mesyuarat Penggal Ketiga DUN Sabah ke-16.

Pembentangan Bajet 2023 dijadualkan akan bermula pada jam 3 petang.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah telah membuat semakan terakhir bajet itu di pejabatnya di Kementerian Kewangan Negeri di sini pada Khamis.

Turut bersama beliau ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Masidi Manjun; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya dan Datuk Julita Mojungki; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Penasihat Khas Ketua Menteri (Kewangan dan Ekonomi), Datuk Peter Thien dan Jawatankuasa Bajet Negeri.

Sementara itu, sidang DUN Sabah juga akan diteruskan pada Isnin hingga Khamis depan.

Exit mobile version