Site icon TUHAU BAMBANGAN

Kerajaan negeri Sabah jamin kerjasama penuh dengan kerajaan Persekutuan – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah beri jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan persekutuan.

Pada masa yang sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia Ke-10.

Tegasnya, kerajaan negeri akan bekerjasama penuh dengan persekutuan di bawah pimpinan Anwar demi untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menaruh keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merialisasikan pelbagai aspek pembangunan.

Tambah beliau, ia termasuklah usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia (MA63) antara kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang baru dibentuk di bawah pimpinan beliau.

“Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Hajiji juga berharap Manifesto Pakatan Harapan (PH) termasuk memperkasa wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.

Exit mobile version