Site icon TUHAU BAMBANGAN

Presiden MBS gesa pemimpin dan penyokong berhati-hati keluarkan kenyataan

KOTA KINABALU: Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) menggesa pemimpin dan penyokong parti-parti politik di Sabah agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan kestabilan pentadbiran negeri itu.

Jelas Abqaree, hal itu penting kerana ia bukan sahaja mempengaruhi emosi rakyat malah turut memberi kesan terhadap penilaian pelabur luar terhadap kestabilan politik dalam negeri.

Abqaree yang juga mewakili belia berkata, masih banyak isu perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan di peringkat persekutuan.

“Ia termasuklah kepentingan rakyat seperti peningkatan kos sara hidup, kadar dasar semalaman (OPR) yang tinggi, pemilikan rumah oleh golongan belia.

“Dan isu pembanguan infrastruktur terutamanya di Sabah selain kemelesetan ekonomi global yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan,” katanya.

Tegasnya lagi, kos sara hidup kini lebih tinggi berbanding pendapatan bulanan, menjadikan ramai belia tidak mampu memiliki tempat tinggal akibat dasar semalaman (OPR) yang tinggi (2.75%).

Exit mobile version