Site icon TUHAU BAMBANGAN

GRS akur keputusan Agong, wujudkan kerajaan perpaduan

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) senada dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk akur kepada apa saja keputusan yang dilaksanakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor, ini adalah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, GRS berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.

“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Exit mobile version