Site icon TUHAU BAMBANGAN

Zahid tipu Agong, akar umbi UMNO buat laporan Polis petang ini

KUALA LUMPUR: Sekumpulan akar umbi UMNO akan membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan dakwaan Zahid menipu Yang di-Pertuan Agong.

Dakwaan Zahid menipu Istana berlaku selepas tular surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM).

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu didakwa menghantar surat kepada Agong pada Selasa (22 Nov) dengan mengatakan semua 30 Ahli Parlimen parti itu bersetuju untuk menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai PM ke-10.

Wakil kumpulan itu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan bahawa satu laporan polis akan dibuat di IPD Putrajaya petang ini.

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

“Satu laporan polis berkaitan Surat Pengerusi BN yang didakwa cuba menipu DYMM YDPA (Agong) akan dibuat di IPD Putrajaya pada jam 415 petang hari ini, 23 November 2022.

“Mohon jasa baik dan bantuan pihak media untuk membuat liputan,” katanya dalam kenyataan ringkas tersebut.

Terdahulu bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Zahid cuba menipu Agong dan berkongsi salinan surat yang tular tersebut.

Menurutnya, surat daripada Presiden UMNO kepada Agong yang mendakwa mesyuarat BN pada 22 November memutuskan kesemua 30 Ahli Parlimen (MP) mereka menyokong Anwar menjadi PM ke-10.

“Agong cuba ditipu sekali lagi? Sekarang tersebar surat ini di media sosial,” kata Annuar.

Exit mobile version