Site icon TUHAU BAMBANGAN

Sabah catat sejarah pungutan hasil negeri tertinggi, RM5.49 bilion – Masidi

KOTA KINABALU: Pungutan hasil negeri Sabah baru-baru ini telah meningkat kepada RM5.49 bilion dan peningkatan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah jelas menteri kewangan kedua sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Jelas Masidi, tahun ini Sabah mampu mencapai hingga RM6 bilion bagi pungutan hasil negeri sabah.

“Yang terbaru, pungutan hasil negeri Sabah naik kepada RM5.49 bilion yang tertinggi dalam sejarah.

“InsyaAllah walaupun belum diumumkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, InsyaAllah pada tahun ini kita boleh mencapai 6 bilion ringgit untuk pungutan hasil negeri Sabah.

“Niat kita bukan minta puji, dan kerajaan ini bukanlah kerajaan pengumuman, kita kerja secara diam-diam, biar pencapaian kita menjadi jurucakap kepada pencapaian kerajaan negeri.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam merasmikan Karnival Baurung-Urung di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu.

Sementara itu, Masidi yang juga ketua pasukan perunding bersama petronas dalam usaha menuntut hak minyak dan gas Sabah berkata, kerajaan negeri akan perlahan-lahan membeli ekuiti daripada syarikat-syarikat Petronas yang menjanjikan pulangan yang cukup baik.

“Sedikit-sedikit kita akan beli ekuiti daripada syarikat-syarikat Petronas yang menjanjikan pulangan yang baik dan selepas ini akan memperbanyakkan dividen dan juga pendapatan kepada kerajaan negeri.

“Kita telah mencapai keputusan yang baik dan menandatangani satu perjanjian kolaboratif perniagaan dan commercial collaborative agreement pada 7 Desember pada tahun lepas.” tegasnya.

Sebelum ini Masidi berkata, bahawa beliau tidak akan berlembut dalam soal mempertahankan kepentingan negeri bagi memastikan Sabah berhak mendapat manfaat daripada hasil buminya.

Katanya, ketegasan kerajaan Sabah dalam menuntut hak berkenaan dapat dibuktikan menerusi persetujuan petronas membangunkan kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sipitang yang akan dilaksanakan dalam setahun dua ini.

Exit mobile version