Site icon TUHAU BAMBANGAN

PRU15: Wetrom Bahanda Umum sertai KDM, Sah Bertanding di Parlimen Kota Marudu

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda hari ini mengesahkan telah menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) selepas mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabtu lalu.

Beliau juga turut mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu dengan menggunakan tiket KDM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya secara sah telah keluar daripada parti Bersatu. Saya mengumumkan akan bertanding di Parlimen Kota Marudu kerana melihat keadaan di Kota Marudu serta aspirasi rakyatnya sendiri.

“Pada awalnya memang saya telah memilih (Bersatu) namun, bila kita berbincang di peringkat akar umbi dan juga rakyat di Kota Marudu dan saya mendengar hasrat mereka.”

“Sebab itu pada akhirnya saya telah memilih untuk bersama-sama dalam KDM serta berjuang bersama KDM untuk rakyat di Kota Marudu,” jelasnya.

Beliau berkata kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Makan Malam Solidariti KDM di Dewan Hakka, Likas pada malam Jumaat.

Pengacara majlis turut mengumumkan Wetrom selaku timbalan presiden parti ketika mengiringi Presiden KDM, Datuk Peter Anthony dalam majlis itu.

Peter juga berkata beliau yakin dengan penyertaan Wetrom ke dalam parti itu kerana perjuangan dan matlamatnya yang sama seperti Parti KDM.

Exit mobile version