Site icon TUHAU BAMBANGAN

KKM jangka penambahan kluster baru, 12 kluster Aidilfitri dikesan sehingga hari ini

12 kluster Covid-19 yang berkaitan dengan perayaan Aidilfitri yang disambut pada 13 Mei lalu telah dikesan sehingga ke hari ini oleh pihak Kementerian Kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dr Noor Hisham Abdullah melalui facebook beliau,

“Jumlah ini dijangka akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri”

Melalui carta yang dikongskikan, 470 kes telah direkodkan dan 12 kluster baru telah berjaya dikesan, dimana seramai 70 orang melaporkan gejala. Dua orang telah dimasukkan ke ICU, manakala 88 orang pula positif dimana mereka semua merupakan dari Kluster Simpang Sahari, Labuan.

Kluster Muhibbah Dua dari Lahad Datu merupakan kluster pertama yang telah dikenal pasti setelah enam hari bermulanya Aidilfitri, dimana 14 orang telah positif Covid-19.

Sabah menjadi Kluster Aidilfitri tertinggi dalam negara dengan 4 kluster. Diikuti Kelantan dan Labuan dengan dua kluster masing-masing. Manakala Selangor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang melaporkan satu kluster sahaja.

Exit mobile version