Site icon TUHAU BAMBANGAN

KDCA Cadang Pairin Sebagai TYT

PENAMPANG: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah sebulat suara mencadangkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai TYT selepas tempoh jawatan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin tamat melalui setiausaha agungnya, Suman Yasambun.

Beliau memberitahu media, Pairin Kitingan yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah, adalah seorang pemimpin dalam kalangan anak negeri dan boleh mewakili Sabah sepenuhnya sebagai ketua negeri seterusnya.

“Beliau menepati semua keperluan dan kami berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan namanya,” tambahnya lagi.

“Apa yang kita harapkan ialah Pairin dipertimbangkan untuk jawatan gabenor negeri apabila tamat tempoh jawatan ketua negeri sekarang, Tun Juhar Mahiruddin,”

Ini juga merupakan salah satu usaha KDCA untuk memajukan hak di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) jelas beliau lagi.

Exit mobile version