Site icon TUHAU BAMBANGAN

Elak disuntik vaksin, penduduk kampung lari & terjun ke sungai

NEW DELHI – Penduduk di satu perkampungan di negara India telah melarikan idri dari rumah dan terjun ke dalam sungai terdekat, bagi mengelakkan diri dari suntikan vaksin yang mereka percaya adalah suntikan beracun.

Newsweek pada Rabu lalu, (26 Mei) melaporkan baahwa kejadian itu berlaku ketika pihak kesihatan India datang untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 di kampung tersebut.

Lebih kurang dalam 200 penduduk di kampung Sisoda di Barabanki, Uttar Pradesh, India lari meninggalkan rumah mereka ketika pihak kesihatan datang pada Sabtu lalu (22 Mei).

India Times turut melaporkan, bahawa beberapa penduduk telah melarikan diri dari pihak kesihatan dan terjun ke sungai Saryu, ketika maklumat salah tersebar di seluruh kawasan kampung. Maklumat tersebut mengatakan bahawa vaksin Covid-19 beracun atau boleh menyebabkan kematian atau jangkitan virus.

Seorang penduduk tempatan, Shishupal, berkata bahawa dia mendengar beberapa orang yang sudah menerima vaksin Covid-19 telah meninggal dunia. Dia turut mengakui bahawa dia tidak percaya kepada kerajaan.

Akhirnya, pihak kesihatan berjaya mendapat persetujuan hanya 14 orang daripada 1,500 populasi yang tidak setuju untuk divaksin pada Sabtu lalu.

Keraguan vaksin di kawasan perkampungan India telah menjadi masalah yang tersebar luas selama beberapa bulan.

Satu penyelidikan nasional yang dilakukan, menemui bahawa hanya 44% penduduk kampung yang bersedia untuk mendapatkan suntikan tersebut.

Sumber: kompas

Exit mobile version