Site icon TUHAU BAMBANGAN

COVID-19: Labuan kekal catat nilai R-naught tertinggi

Gambar Hiasan

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia pada Selasa lalu tidak menunjukkan perubahan di mana ia mencatat nilai 1.20, kekal pada hari sebelumnya.

Kesemua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.94.

Kemudian diikuti pula dengan Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Sabah, Putrajaya dan beberapa lagi negeri.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah pada 0.81 pada 3 Mac lalu.

Sumber: awani

Exit mobile version