Site icon TUHAU BAMBANGAN

Pemergian mantan Peguam Negara Abdul Gani kehilangan besar buat negara – Hajiji

KOTA KINABALU: Pemergian mantan Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Abdul Gani Patail disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat Sabah dan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Allahyarham yang merupakan anak Sabah kelahiran Lahad Datu telah menabur jasa dan bakti dalam bidang perundangan serta perkhidmatan awam negara.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada negeri Sabah malah kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Segala sumbangan dan khidmat bakti beliau akan sentiasa dikenang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Hajiji turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham yang meninggal dunia semalam.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Exit mobile version